26 julai 2020 Surau
Desa Sentosa
1.
Berita terkini yang sedang
hangat pada jumaat lepas 24 Julai 2020 adalah merupakan solat jumaat pertama di
Hagia Sofia, Turki. Bangunan ini mempunyai sejarah yang panjang bila di kembalikan semula sebagai masjid
setelah 86 tahun diubah sebagai muzium oleh Mustafa Kamal Ataturk.
2. Hagia Sofia telah dibina
pada tahun 537m oleh zaman kerajaan Rom dan dijadikan sebagai pusat agama
Kristian Katholik. Kota Kostantinopel telah ditawan oleh sultan Muhammad al
Fatih dari dinasti khilafah Uthmaniah dalam beberapa siri peperangan yang
sengit dan genting. Ramai ulamak mengaitkan pembukaan kota ini pada 29 Mac
1453m telah disebut oleh Rasulullah
dalam sabdanya:
قال رسول الله صلى الله عليه
وسلم: «لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير أميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش» (روه
الإمام أحمد في مسنده).
Kota Kostantinopel pasti akan
dikuasai suatu hari nanti. Pemimpin yang terbaik ialah akan membukanya bersama
tentera tentera yang paling terbaik dari yang terbaik. (Hadis riwayat Imam
Ahmad dalam Musnadnya)
3. Namun terdapat sebahagian
ulamak mengatakan apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah tersebut ialah pembukaan
kota konstatinopel pada akhir zaman nanti sejurus sebelum kemunculan Dajjal.
Ketika itu Kota Kostantinopel telah
dikuasai oleh kerajaan bukan Islam. Malah penaklukan kita tersebut tanpa
peperangan yang menupahkan darah sebagaimana yang berlaku pada pembukaan zaman
Muhammad al Fatih. Semua peristiwa ini adalah merupakan rahsia Allah. Mungkin ia
menepati kedua-dua peristiwa. Kita serah kepada Allah.
4.
Isu pertukaran status dari
gereja Kristian Ortodoks kepada masjid dan kemudian ke Muzium zaman Ataturk
pada tahun 1934. Kerajaan Turki Moden yang diterajui oleh Rajab Tayyib Ordogan
di anggap oleh masyarakat eropah sebagai kebangkitan baru kerajaan Usmaniah kedua.
Turki mula digeruni musuh sekitar kerana Turki dah mula bangkit sebagai kuasa
ekonomi dan kuasa politik di rantau Arab dan Eropah.
5.
Isu Hagia Sofia sedikit
sebanyak adalah merupakan isu agama dan yang paling menonjol ialah isu politik.
Fokus kuliah kali ini adalah membincangkan tentang Hagia Sofia yang menjadi pusat
agama Kristian Orthodok.
6.
Tema perbicangan kali ini
ialah berkisar kepada Firman Allah dalam surah aal Imran ayat 64:
قُلْ يَا أَهْلَ
الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا
نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا
بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا
بِأَنَّا مُسْلِمُونَ آل عمران - 64
Katakanlah (wahai
Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan
antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan
kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari
kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang
dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli
Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah
kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam"
7. Mazhab utama kristian
terbahagi kepada 3 mazhab utama, Orthodoks, Katholik dan Protestan.
8. Di Malaysia banyak lagi Mazhab
Kristian. Selain 3 mazhab utama terdapat juga pecahan Anglikan, Sidang injil borneo, Methodist dan
lain-lain.
9. Kristian Orthodoks
berpegang kepada kepercayaan kepada ketuhanan Isa namun menolak Nabi Isa yang
mempuyai sifat kemanusiaan. Bahkan terdapat beberapa golongan kecil Kristian
Orthodok timur yang berpegang kepada Allah adalah satu dan Isa hanya merupakan
Rasul. Golongan yang dikatakan sebagai ahli kitab yang sebenar. Namun, golongan
majoriti mazhan ini berpegang kepada ketuhanan Nabi Isa. Satu lagi pegangan
asas Mazhab ini ialah boleh menceraikan isteri.
10. Krisitian Katholik (Roman
Katholik) berpegag bahawa nabi Isa
mempunyai dua sifat iaitu manusia dan tuhan, Manusia yang mempunyai sifat
tuhan. Kahwin hanya sekali seumur hidup dan haram cerai isteri. Paderi tidak
tidak boleh kahwin dan mempunyai kuasa untuk pengampunan dosa penganut
kristian.
11. Kristian Protestan
(Lutheran), menentang surat pengampunan dosa yang dikeluarkan oleh Katholik,
rahib boleh berkahwin, menentang memuja Maryam dengan perayaan dianggap bidaah,
menolak meletakkan gambar2 jesus dan maryam dalam gereka, dan menentang
penggunaan patung, paderi tak boleh ampun dosa,
12. Pertembungan besar agama Islam dengan kristian gerakan kristianisasi terutama di Sabah. Bangsa Kadazan dan Dusun dan lain-lain dikristianisasikan.
13.
Islamisasi di Sabah telah
diusahakan oleh Tun Datu Mustafa tahun 1960an. Islamisasi di kampung2
pedalaman. Belia asalnya adalah merupakan yang dipertua Negeri Sabah tetapi
telah meletakkan jawatan dan berkecimpung dalam politik sehingga dilantik
sebagai ketua Menteri Sabah pada tahun 1963. Pada masa itu nisbah penduduk
Islam di Sabah hanya 38%. Tun Datu Mustapha telah membuat usaha dakwah
kepedalaman dan telah membawa masuk pendakwah-pendakwah luar dari Indonesia,
Semenanjung Malaysia dan juga Filipina. Selepas usaha ini nisbah penududuk
Islam naik mendadak mencecah 53%. Malah ahli beberapa ahli dewan undangan
negeri bukan Islam telah memeluk Islam menjadikan nisbah ahlu adun memihak kepada
Islam. Tun Datuk Mustapa telah mengambil peluang memutuskan agama Islam sebagai
agama Rasmi di Sabah.
14.
Namun usaha Tun Datu Mustapa
tidak disambung secara serius oleh pemimpin selepasnya. Umat Islam yang tidak
mendapat pendendahan yang cukup dengan agama telah dipengaruhi gerekan
kristianisasi menyebabkan ramai yang murtad. Juster tidak hairan apabila
terdapat beberapa orang yang mempunyai nama muslim tetapi beragama kristian.
15.
Pengalaman pengislaman
beberapa pelajar dan masyarakat kampung lebih kepada kembali kepada agama asal.
16.
Setiap orang mesti ada
usaha untuk tegakkan islam walau dengan apa cara sekali pun.
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ
بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ
أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ
أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ (125)
( ولا تجادلوا أهل الكتاب إلا بالتي هي أحسن
إلا الذين ظلموا منهم ) [ العنكبوت : 46 ]
( فقولا له قولا لينا لعله يتذكر أو يخشى ) [
طه : 44 ] .
17.
Setiasa membuka peluang dakwah menyampaikan Aqidah Islam, Percaya kepada
Allah sebagai pencipta. Selalu sebut topik hidup selepas mati. Hari Akhirat
adalah hari pembalasan apa yang berlaku di dunia.
18.
Selalu timbulkan persoalan dari mana kita datang, kenapa kita hidup,
kemana kita akan pergi.
19. Bina hubungan dengan non muslim seramai mungkin.
No comments:
Post a Comment