Di riwayatkan oleh al Hakim dalam al-Mutadrak
dari hadis Sahl bin Said R.A katanya Jibaril A.S telah datang kepada Rasulullah
SAW dan berkata: Wahai Muhammad! Hiduplah selama mana yang kamu mahu, pastinya satu
hari nanti kamu akan mati. Cintailah siapa yang kamu mahu, pastinya satu hari
nanti kamu akan tinggalkannya. Buatlah
amal apa yang kamu mahu, pastinya kamu akan diganjarkan pahala. Ketahuilah bahawa
mulianya seseorang itu ialah dengan melazimi qiamullail. Hebatnya seseorang
bila dia tidak bergantung harap kepada manusia lain.
Hadis ini mengandungi pesanan yang amat berguna
dengan ungkapan yang amat bermanfaat. Ini adalah nasihat malaikat Jibril AS yang
perlu kita renungi dan hayati.
1. Walaupun sepanjang mana pun
umur kita dalam hidup ni, pastinya maut akan datang juga menjemput kita. Setiap
yang hidup pasti akan mati, sebagaimana Firman Allah : “Setiap jiwa yang
bernyawa pasti akan merasai kematian”. Kita sebagai seorang yang beriman
hendaklah sentiasa sedar bahawa kematian itu boleh datang bila-bila mungkin
boleh datang saat ketika kita lupa dan lalai. Kita hendakah sentiasa bersedia
untuk bertemu dengan Allah bila bila masa. Janganlah kita tertipu dengan
kehidupan dunia yang kelihatan serba indah.
2. Sayangi dan cintailah apa yang
anda suka, pastikanya kamu akan tinggalkannya. Ramai yang amat mencintai
isteri, sayang kepada anak-anak, pangkat, harta, pangkat dan selainnya dari
nikmat dunia. Ianya tidak lama dan pasti akan ditinggalkan, bila maut datang
menjemput. Pesan rasulullah : “Tiga benda yang mengikut jenazah ke kubur. Dua
akan kembali dan hanya satu akan kekal bersama jenazah. Keluarga, harta dan
amal merupakan tiga benda yang akan ikut ke kubur. Selepas selesai pengkebumian
baliklah ahli keluarga bersama hartanya dan yang kekal tinggal bersama jenazah
di kubur ialah amalan yang dilakukan ketika hidup”. Kita perlu bersedia untuk
berpisah dengan orang yang dikasihi agar tidak terkejut dan sempat bersedia
dari awal. Kita sebagai orang beriman perlu mengambil berat tentang benda yang
akan menemani kita dialam kubur nanti iaitu amalan dan ibadah kepada Allah.
3. Buatlah amal ibadah sebanyak
mungkin, pastinya kamu akan diganjarkan pahala oleh Allah. Firman Allah menyebut
“ Sesiapa yang membuat amal baik walau sekecil zarah akan dilihat oleh Allah
Manalah sesiapa yang melakukan dosa walau sebesar zarah pasti akan dilihat
olehNya.
4. Mulianya sesorang mukmin di
sisi Allah ialah kesanggupannya bangun malam beribadah kepada Allah. Ini
menggambarkan bahawa Allah ingin menggantikan kepada orang beriman yang tidak
berkesempatan untuk menghayati nikmat dunia semata-mata untuk bemunajat dan
mengadu pada Allah pada malam yang hening.
No comments:
Post a Comment