Wednesday, May 20, 2009

RINDU TERUBAT

Minggu lepas aku telah di ziarahi oleh bekas-bekas pelajar ku semasa di Elopura. Alhamdulillah, syukur pada Allah mereka semua telah banyak berubah. Kematangan mereka jelas tersirna dari penampilan dan pertuturan yang aku rasakan mereka telah jauh di depan ku.. Mereka cukup bersemangat untuk melakar sejarah dakwah, merintis jalan perjuangan yang masih jauh.

Ziarah mereka menyebabkan aku mengimbau kisah-kisah lama di Sabah yang banyak mendidik jiwa perjuangan ku. Kadang-kadan terfikir pula bahawa nikmat yang Allah beri sekarang tidak digunakan sepenuhnya. Allah telah menganugrahkan rezeki yang melimpah ruah kepada ku. Peluang sambung belajar sarjana, cuti penuh dua tahun, Elaun belajar yang tak kurang hebatnya, gaji tetap berjalan seperti biasa.

Ini semua adalah pulangan yang Allah telah anugerahkan kepada ku atas pengorbananku selama ini. Masya Allah! Alhamdulillah! tapi mungkin ia juga adalah ujian untuk aku. Takut pula rasanya mengenangkan ini semua.

Insy Allah… aku berazam akan menggunakan anugerah Allah ini sepenuhnya untuk meningkatan kemampuan diri agar dapat memberi sumbangan yang lebih ampuh kepada Islam. Insya Allah

No comments: